Panduan Memilih Minyak Wangi

Ramai pelanggan bertanya, wangi tak minyak wangi? Erkk.. Darlings.. Kalau dah nama minyak wangi, sudah tentu baunya wangi. Takkan pula minyak busuk. Bahasa Malaysia ni pelik sikit kalau bandingkan dengan English. Lebih2 lagi ‘wangi atau tidak wangi’ bersifat subjektif. Contohnya; Ms Y berpendapat minyak wangi BC adalah wangi tapi Ms Z pula berpendapat sebaliknya.

Jadinya, apakah yang dikatakan wangi? Susah nak jawab soalan tu sebenarnya. Sebagai penjual online, Feeza akan tanya kepada pembeli, minyak wangi bau camne yang beliau suka. Contohnya jenis floral, fruity, jenis sweet macam candy, atau jenis fresh etc. Lepas pembeli nyatakan jenis yang disukai, barulah kita bole suggest bau yang best.

Beli online tak sama seperti beli di kedai. Di kaunter perfume, kita boleh test bau perfume tersebut dan pilih yang kita suka. Sebelum beli online, Feeza cadangkan:

  1. Pergi ke kaunter perfume terlebih dahulu.
  2. Kenal pasti nama perfume yang korang suka.
  3. Ambil gambar perfume tersebut atau tulis dalam nota.
  4. Search nama perfume tersebut online atau berikan kepada penjual online.

Of course kalau korang rasa adventurous and gamble beli online, memang tiada masalah. hehe.. Lagipun zaman internet sekarang, korang bole baca online review dan baca description/details perfume tersebut.

Untuk elakkan rasa menyesal, test beli perfume dalam botol kecil dulu. Sekarang ada banyak jual miniature perfume. PrimoChic pun ada banyak jual dan gerenti 100% original. Kalau nak cuci2 mata, bole lihat di sini. Perfume mini pun best untuk dibawa ke sana sini dalam beg tangan. Ada yang kecil, muat masuk dalam wristlet atau purse. Very handy and convenient. Tak perlu bawa botol besar yang berat dalam beg tangan. Kalau pecah perfume dalam beg tangan, mau menangis dibuatnya. LOL

Apa2 pun, pilihan di tangan korang. Kalau rasa selesa membeli online, belilah secara online. Secara umumnya, minyak wangi memang wangi. Samada korang suka atau tidak saja baunya. 😉

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s