7 Tips Memilih Debit Kad

Adakah anda memerlukan debit kad atau tidak? Bagaimana pula untuk memilih debit kad memandangkan banyak institusi perbankan di Malaysia menawarkan debit kad. Ini pastinya memeningkan anda untuk membuat keputusan.

Jika anda masih tak pasti apa itu debit kad, Feeza nak bercerita sedikit mengenainya. Debit kad adalah duit anda dalam bentuk kad. Sekiranya anda ada RM5000, tak perlu membawa wang tunai RM5000 tapi anda bawa sekeping kad saja. Dalam kata lain, jimat space dalam wallet. Cool eh! 8)

Feeza sendiri lebih gemar berbelanja menggunakan debit kad dari membawa wang tunai kerana ianya mudah dan ringan(tak perlu bawa coins juga). Selain itu, anda juga boleh shopping online dengan debit kad. Di PrimoChic.com, kami terima debit kad dan kredit kad. πŸ™‚ Very convenient!

Jika anda sedang memikirkan debit kad yang sesuai, Feeza ada 7 tips memilih debit kad bagi membantu anda membuat keputusan:

1. Pastikan debit kad tidak linking directly ke savings account anda.
This is very IMPORTANT. Contoh debit kad yang linking directly ke account ialah Maybank ATM card & CIMB ATM card yang mempunyai function debit kad. These cards amat tidak selamat sekiranya anda hilang kad anda dan mereka yang menjumpainya mengetahui no PIN anda.

2. Elakkan debit kad yang memerlukan PIN number sewaktu berurusan.
Sesetengah debit kad memerlukan anda memasukkan no PIN secara terang-terangan di hadapan orang ramai. What if ada potential fraudster beratur di belakang anda dan hafal no PIN anda. Ramai antara kita menggunakan satu PIN number untuk kesemua kad. Tak scary ke? It’s just ‘not wise’ to expose your PIN number simply like that.

3. Dapatkan debit kad yang berkonsep top up service.
Konsep kad ini membenarkan anda transfer jumlah yang hendak dibelanjakan saja dari akaun anda ke debit kad. In case debit kad anda hilang, anda tidak berasa terkilan sangat sebab duit dalam debit kad itu tidak membabitkan keseluruhan duit anda. Bukan itu saja, anda boleh limit perbelanjaan pada hari tersebut. Contoh debit kad yang ada service seperti ini ialah Public Bank Visa Electron Card.

4. Dapatkan debit kad yang bertindak seperti kredit kad.
Sesetengah debit kad tidak memerlukan anda memasukkan PIN number sewaktu berurusan tapi memerlukan tandatangan anda. Normally, cashier akan check nama dan signature di belakang kad sebagai langkah keselamatan.

5. Bertanya kepada pihak bank secara mendalam tentang debit kad yang anda nak pohon.
Ketahui syarat2, service fee dan sebagainya. Sesetengah debit kad tidak mengenakan sebarang yuran tahunan tapi mengenakan service charge yang lain. Jadi, buat kajian yang mendalam sebelum memilih debit kad sesuai dengan lifestyle anda.

6. Cubalah bertanya kepada kawan2 yang pernah menggunakan debit kad.
Sungguhpun pengalaman setiap individu berbeza, ianya dapat ‘membuka minda’ anda setelah mendengar pengalaman orang lain. Oleh itu anda boleh menilai samada anda perlu debit kad atau tak.

7. Ikut gerak hati anda dalam membuat keputusan.
Sekiranya anda berasa ‘perlu’ untuk mendapatkan debit kad, teruskan memohon debit kad. Jika ianya bukan satu keperluan yang mendesak, lupakan saja hasrat itu.

Setiap individu mempunyai pandangan berbeza bagaimana hendak menguruskan kewangan. Jika anda rasa anda lebih bijak menguruskan wang tunai berbanding debit kad, baik teruskan apa yang anda lakukan selama ini. Teknologi yang dihasilkan selalunya memberi manfaat kepada manusia. Tetapi kita perlulah bijak untuk memilih apa yang terbaik untuk diri sendiri.

Selamat ber’shopping’ and stay chic! πŸ˜‰

Tinggalkan komen