Blog Archives

Sweet Indulgence Tapai Pulut


Jika anda suka makan tapai, tapai pulut semestinya tak asing lagi. Ada tapai pulut, ada tapai ubi. Sometimes tapai pulut juga dimakan bersama2 cendol. Yummy yummy.. Sangat sedap dimakan lebih2 lagi dalam cuaca panas.

Baru-baru ini, Feeza pergi ke local pasar malam dan ternampak tapai pulut yang dijual dalam bungkusan daun pisang. Bungkusannya tak besar mana, tapi terkejut sangat sebab harganya dah naik dari 50 sen sebungkus kepada RM1 sebungkus. :(

Sebelum ni memang pernah beli tapai pulut dari penjual yang sama. So, Feeza tau berapa banyak tapai pulut yg dimuatkan dalam bungkusan daun pisang tersebut. Tak banyak, probably about 1 sudu besar saja. Anda boleh imagine betapa ‘sikit’ nya isi tapai dan betapa ‘mahal’ harga tapai pulut.

tapai pulut

Rupa tapai pulut - pulut dimasak dengan cara seperti memasak nasi

Bila dengar harganya menjadi RM1 sebungkus, Feeza batalkan niat untuk beli tapai pulut tersebut. Then, headed to a shop dan beli beras pulut. Normally, beras pulut berharga lebih kurang rm4.50-RM6 sekilo(harga depends ikut kedai dan freshness of beras pulut). Ragi pula dibeli di pasar. Ragi ada banyak jenis di pasaran. Ada sesetengah ragi boleh menjadikan tapai anda manis, dan ada juga kurang manis. So, terpulang pada anda nak beli yang mana satu. Hanya pastikan anda beli dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu sebagai ‘testing'(jika buat first time).

Dengan 1kg pulut, Feeza dapat jimat banyak berbanding dari membeli di kedai atau pasar malam. Buat tapai pulut juga tak susah. Hanya perlukan kesabaran menunggu dalam proses pemeraman tapai. :)

Actually, cara nak masak beras pulut ada 2 jenis; samada kita kukus beras pulut ataupun dengan cara menanak seperti masak nasi. I have done both ways and it turned out to be different result.

Bila beras pulut dikukus, ianya mengambil masa lebih kurang 4-5 hari untuk menjadi tapai selepas diperam. Texture tapai pulut juga tidak lembut, separuh keras separuh lembut dan kurang berair. It’s very understandable sebab pulut yang dikukus hanya absorb wap air.

Manakala bila pulut dimasak dengan cara seperti masak nasi, anda hanya perlukan 2 hari untuk menjadi tapai pulut sepenuhnya. Tapai pulut dengan cara ini juga menjadi sangat berair, ‘gebu’ dan lembut. The science of this is because beras pulut kembang betul2 dengan menyerap air sewaktu dimasak(seperti masak nasi) jika dibandingkan dengan pulut yang dikukus.

Resipi Tapai Pulut

1kg beras pulut, Ragi 2-3 sudu besar, Secubit garam.

Cara-caranya

┬áBasuh beras pulut dan masak beras pulut seperti memasak nasi. Setelah masak, sejukkan pulut dan taburkan ragi serta garam. Pindahkan kesemua bahan tersebut ke dalam bekas untuk diperam. Pastikan bekas ditutup ketat agar tak menjejaskan proses pemeraman. Tunggu sehingga 2-3 hari. Setelah tapai pulut menjadi sepenuhnya, simpan di dalam peti ais untuk mengelakkannya dari menjadi masam. (Nota: tapai pulut anda dikira ‘menjadi’ bila dah berair dan pulut menjadi sangat lembut)

Sekiranya anda suka tapai pulut yang jenis separa lembut dan separa keras, anda boleh kukus beras pulut sehingga dimasak. Kemudian cara membuatnya sama saja seperti di atas.

Ada yang mendakwa bahawa tapai adalah makanan ‘panas’ dan tak elok untuk makan banyak. Well, terpulang kepada tahap kesihatan seseorang individu. Oleh kerana tapai adalah makanan manis, anda perlu minum plain water dengan banyak untuk ‘neutral’ kan tekak anda. Bila anda banyak minum air, maka tak timbul lagi ‘panas’ dan sebagainya. Yang penting, anda tahu seimbangkan dengan apa yang dimakan. ;)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 183 other followers

%d bloggers like this: